Kad Personel Binaan CIDB
Perbaharui Kad Personel Binaan CIDB anda secara online dengan cepat & mudah

Aliran Pembaharuan Kad Personel Binaan CIDB (Kad Hijau CIDB) Anda
Kad Pintar Personel Binaan CIDB
Kad Hijau CIDB juga dikenali sebagai Kad Personel Binaan. Ia adalah perakuan bagi pekerja binaan yang telah menjalani kursus & latihan keselamatan di tapak pembinaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau juga dikenali sebagai Construction Industry Development Board (CIDB) Malaysia. Setiap pekerja binaan samada pekerja tempatan atau pekerja asing WAJIB berdaftar sebagai Personel Binaan dan memiliki Kad Hijau yang sah selaras dengan Seksyen 33, Akta CIDB 520.
Berkuatkuasa mulai 15 Oktober 2019, CIDB Malaysia memperkenalkan Kad Pintar Pendaftaran Personel Binaan baharu yang telah dinaiktaraf seiring dengan kemajuan teknologi. Kad Pintar ini iaitu EMV Green Card programme yang direkabentuk dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan serta penggabungan Kad Pintar ini bercirikan transaksi perdagangan.
Personel binaan yang telah memiliki Kad Pintar CIDB hanya perlu memperbaharui pendaftaran personel binaan secara atas talian. Kad Pintar hanya akan dicetak semula sekiranya personel binaan membuat permohonan gantian kad hilang atau rosak.
